Akaun masjidibnabbas.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Infaq Pembinaan Masjid Ibn Abbas



2.5KM atau bersamaan  2,500 meter  

mungkin satu jarak yang dekat bagi kita yang ada motor dan kereta. 

Namun sebaliknya bagi mereka yang serba tiada. Ada yang hanya mampu berbasikal dan berjalan kaki sahaja. Apatah lagi bagi golongan senior (sebaya mak ayah kita) yang nak sangat ke masjid tapi tiada kenderaan di rumah. Mesti mencabar kan?




Bagi penduduk Kampung Jejulok, Mukim Simpangan, Tumpat, yang terkadang hanya mampu berjalan kaki sahaja untuk ke masjid berdekatan (Masjid Mukim Simpangan), jarak 2.5KM bukanlah satu jarak yang dekat untuk mereka lalui setiap hari (5KM jika dikira jarak pergi dan pulang) terutama setiap kali solat Jumaat saban minggu.


Bayangkan anda sebagai penduduk Kampung Jejulok, dengan cuaca yang tidak menentu, terkadang panas terik dan terkadang hujan lebat. Terpaksa juga anda redahi dengan berjalan kaki atau berbasikal walaupun penat & perit bagi melaksanakan syariat agama Islam yang disayangi untuk tunaikan solat di masjid berdekatan.

 



Kita sendiri sangat gembira jika rumah kita berdekatan dengan kemudahan awam seperti klinik, hospital & pasaraya. Kan? Sangat memudahkan terutama pada waktu mendesak. Nak selesaikan segala urusan harian pun sangat cepat. Betul?



Ruang Pengisian Iman & Jiwa, Harapan Masyarakat Kampung Jejulok


Sebenarnya, tak kurang juga andai rumah kita dekat dengan masjid, sangat mudah untuk kita ‘recharge’ kembali kekuatan rohani dan jiwa kita yang terlalu sibuk dengan urusan dunia. Setelah seharian bekerja, perlu juga kepada pengisian jiwa agar Iman makin kuat untuk beribadah kepada Allah Mesti ‘best’ kan kalau masjid dekat dan selesa?




Suasana & persekitaran rumah berhampiran masjid yang selesa sangat membantu kita kuatkan diri untuk makin dekat dengan Allah taala agar agama Islam dan akidah kita dapat terjaga serta terjamin hingga akhir hayat. Paling penting, mati dalam Iman harapan utama kita. Agar syurga Firdaus menjadi milik kita. 




Ya. Inilah satu peluang keemasan buat kita membantu penduduk Kampung Jejulok, Tumpat ini. Dan bersama-sama menjana pahala berpanjangan (pahala berterusan tanpa putus walau kita telah tiada) di samping ganjaran yang Allah telah janjikan kepada mereka yang membina Rumah Allah Taala.


Peganglah dengan Hadis Riwayat Muslim di bawah ini: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya di dalam syurga (binaan) seumpamanya.” Subhanallah. Betapa bertuahnya mereka yang menyumbang ke jalan Allah Taala dengan membina masjid di bumi ini. Ganjarannya cukup besar. Binaan yang seumpama dengan masjid sebagai ganjaran buat kita para pewakaf antara anugerah terindah di syurga kelak.




Alhamdulillah, Pok Nuh (atau nama sebenarnya  Razali bin Isa ) yang merupakan salah seorang penduduk Kampung Jejulo k , Tumpat, Kelantan telah berbesar hati   mewakafkan 7 ekar tanah milik beliau bersama ahli keluarga yang lain   untuk dibina sebuah masjid bagi penduduk Kampung Jejulok.

 





Gambar Tanah Yang Diwakaf



Bayangkan, besarnya hati Pok Nuh dan keluarganya yang sanggup berkorban  harta mereka  di jalan Allah bagi membina sebuah Rumah Allah dan masjid bagi penduduk kampung agar suasana agama Islam dapat dibina dan disemarakkan lagi untuk manfaat masyarakat setempat.




Baiknya hati Pok Nuh dan ahli keluarganya untuk bantu masyarakat kampung dapat rasai keselesaan bersolat dan belajar agama di sebuah masjid baru dan dekat dengan kampung serta kawasan rumah mereka.



Adakah kita sanggup biarkan harapan & cita-cita Pok Nuh, keluarganya dan masyarakat Kampung Jejulok dibiarkan begitu sahaja?



Ayuh bersama kami dalam sempurnakan hasrat murni ini.



PLAN LOKASI TAPAK MASJID



Untuk info bersama, lokasi tapak masjid ini berada di alamat Tanah LOT 3401 (Plot 1 Dan 2), Kg Julok, Mukim Simpangan, Daerah Pengkalan Kubor 16200 Tumpat Kelantan.








GAMBARAN MASJID APABILA SIAP NANTI








SURAT WAKAF KEPADA PEMBANGUNAN MASJID IBN ABBAS, KG. JEJULOK  














Yakinlah dengan janji Allah Taala menerusi sebuah Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:



“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Riwayat Muslim).



Subhanallah. Indahnya maksud hadith Nabi ini.



Sedekah jariah yang disebut di dalam Hadis antaranya merupakan sedekah atau wakaf yang diberikan kepada agama Allah Taala serta pahalanya pasti berterusan walaupun kita sudah meninggalkan dunia ini.



Jangan lepaskan peluang saham akhirat ini dengan berwakaf bersama dalam pembinaan Masjid Ibn Abbas, Kampung Jejulok, Tumpat, Kelantan buat penduduk kampung serta manfaat masyarakat sekitar dalam menghidupkan lagi agama Allah Taala di atas muka bumi ini.







Pemberitahuan Ringkas



1. Bagi wakaf online mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Nilai wakaf anda adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Pembinaan Masjid Ibn Abbas, Kampung Jejulok diuruskan oleh Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok. Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama "Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok".

 



PILIHAN KAEDAH BERWAKAF BUAT ANDA



Anda boleh berwakaf sama ada:

   a. Secara manual

   b. Secara online di laman web ini - sila isi borang wakaf di bahagian bawah (resit wakaf disediakan)





.



a. Wakaf Secara Manual (Terus ke akaun bank Masjid)



Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual terus ke akaun bank, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun Masjid Ibn Abbas, Kampung Jejulok:



Bank Simpanan Nasional (BSN): 0301-7410-0009-0870

Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok

 

Sila masukkan perkataan "wakaf" pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan wakaf.

 

 

.



b. Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)



Dengan 5 Langkah Mudah Sahaja



  1. Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah
  2. Masukkan nama, emel dan no. telefon anda
  3. Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online
  4. Klik butang “Teruskan ke Pembayaran”
  5. Pilih online banking anda (Maybank2u, Cimbclicks, etc) untuk selesaikan proses wakaf

 

Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp:

+6011-5850 5752

Adeeb, Admin

Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok