2.5KM atau
bersamaan 2,500 meter
mungkin satu jarak yang dekat bagi kita yang ada motor dan
kereta.
Namun sebaliknya bagi mereka yang serba tiada. Ada yang hanya
mampu berbasikal dan berjalan kaki sahaja. Apatah lagi bagi golongan
senior (sebaya mak ayah kita) yang nak sangat ke masjid tapi tiada kenderaan di
rumah. Mesti mencabar kan?
Bagi penduduk Kampung Jejulok, Mukim Simpangan, Tumpat, yang terkadang hanya mampu berjalan kaki sahaja untuk ke masjid berdekatan (Masjid Mukim Simpangan), jarak 2.5KM bukanlah satu jarak yang dekat untuk mereka lalui setiap hari (5KM jika dikira jarak pergi dan pulang) terutama setiap kali solat Jumaat saban minggu.
Bayangkan
anda sebagai penduduk Kampung Jejulok, dengan cuaca yang tidak menentu,
terkadang panas terik dan terkadang hujan lebat. Terpaksa juga anda redahi
dengan berjalan kaki atau berbasikal walaupun penat & perit bagi
melaksanakan syariat agama Islam yang disayangi untuk tunaikan solat di masjid
berdekatan.
Kita sendiri
sangat gembira jika rumah kita berdekatan dengan kemudahan awam seperti klinik,
hospital & pasaraya. Kan? Sangat memudahkan terutama pada waktu mendesak.
Nak selesaikan segala urusan harian pun sangat cepat. Betul?
Ruang
Pengisian Iman & Jiwa, Harapan Masyarakat Kampung Jejulok
Sebenarnya,
tak kurang juga andai rumah kita dekat dengan masjid, sangat mudah untuk
kita ‘recharge’ kembali kekuatan rohani dan jiwa kita yang terlalu sibuk
dengan urusan dunia. Setelah seharian bekerja, perlu juga kepada pengisian jiwa
agar Iman makin kuat untuk beribadah kepada Allah Mesti ‘best’ kan kalau
masjid dekat dan selesa?
Suasana & persekitaran rumah berhampiran masjid yang selesa sangat membantu kita kuatkan diri untuk makin
dekat dengan Allah taala agar agama Islam dan akidah kita dapat terjaga serta
terjamin hingga akhir hayat. Paling penting, mati dalam Iman harapan utama
kita. Agar syurga Firdaus menjadi milik kita.
Ya. Inilah satu peluang keemasan buat kita membantu penduduk Kampung Jejulok, Tumpat ini. Dan bersama-sama menjana pahala berpanjangan (pahala berterusan tanpa putus walau kita telah tiada) di samping ganjaran yang Allah telah janjikan kepada mereka yang membina Rumah Allah Taala.
Peganglah dengan Hadis Riwayat
Muslim di bawah ini: “Sesiapa
yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina baginya di dalam
syurga (binaan) seumpamanya.” Subhanallah. Betapa bertuahnya mereka yang menyumbang ke jalan Allah
Taala dengan membina masjid di bumi ini. Ganjarannya cukup besar. Binaan yang
seumpama dengan masjid sebagai ganjaran buat kita para pewakaf antara anugerah
terindah di syurga kelak.
Alhamdulillah, Pok Nuh
(atau nama sebenarnya Razali bin Isa ) yang
merupakan salah seorang penduduk Kampung Jejulo k , Tumpat, Kelantan telah berbesar hati mewakafkan 7 ekar
tanah milik beliau bersama
ahli keluarga yang lain untuk dibina sebuah masjid bagi penduduk Kampung
Jejulok.
Gambar Tanah Yang Diwakaf
Bayangkan, besarnya hati Pok Nuh dan keluarganya yang sanggup berkorban harta mereka di jalan Allah bagi membina sebuah Rumah Allah dan masjid bagi penduduk kampung agar suasana agama Islam dapat dibina dan disemarakkan lagi untuk manfaat masyarakat setempat.
Baiknya
hati Pok Nuh dan ahli keluarganya untuk bantu masyarakat kampung dapat
rasai keselesaan bersolat dan belajar agama di sebuah masjid baru dan dekat
dengan kampung serta kawasan rumah mereka.
Adakah kita sanggup
biarkan harapan & cita-cita Pok Nuh, keluarganya dan masyarakat Kampung
Jejulok dibiarkan begitu sahaja?
Ayuh bersama kami
dalam sempurnakan hasrat murni ini.
PLAN
LOKASI TAPAK MASJID
Untuk info bersama, lokasi tapak masjid ini berada di alamat Tanah LOT 3401 (Plot 1 Dan 2), Kg Julok, Mukim Simpangan, Daerah Pengkalan Kubor 16200 Tumpat Kelantan.
GAMBARAN MASJID APABILA SIAP NANTI
SURAT WAKAF KEPADA PEMBANGUNAN MASJID IBN ABBAS, KG.
JEJULOK
Yakinlah dengan janji
Allah Taala menerusi sebuah Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“Apabila
mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang
mendoakan baginya." (Riwayat Muslim).
Subhanallah. Indahnya
maksud hadith Nabi ini.
Sedekah jariah yang
disebut di dalam Hadis antaranya merupakan sedekah atau wakaf yang diberikan kepada agama Allah
Taala serta pahalanya pasti berterusan walaupun kita sudah meninggalkan dunia
ini.
Jangan lepaskan
peluang saham akhirat ini dengan berwakaf bersama dalam pembinaan Masjid Ibn
Abbas, Kampung Jejulok, Tumpat, Kelantan buat penduduk kampung serta manfaat
masyarakat sekitar dalam menghidupkan lagi agama Allah Taala di atas muka bumi
ini.
Pemberitahuan Ringkas
1. Bagi wakaf online
mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan
terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama
pembayaran kami.
2. Nilai wakaf anda
adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Pembinaan Masjid
Ibn Abbas, Kampung Jejulok diuruskan oleh Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja
Masjid Kampung Jejulok. Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama
"Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok".
PILIHAN KAEDAH
BERWAKAF BUAT ANDA
Anda boleh berwakaf
sama ada:
a. Secara
manual
b. Secara
online di laman web ini - sila isi borang wakaf di bahagian bawah (resit wakaf
disediakan)
.
a.
Wakaf Secara Manual (Terus ke akaun bank Masjid)
Sekiranya anda ingin
berwakaf secara manual terus ke akaun bank, di bawah ini kami sertakan maklumat
akaun Masjid Ibn Abbas, Kampung Jejulok:
Bank Simpanan Nasional
(BSN): 0301-7410-0009-0870
Agenda Mesyuarat
Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok
Sila masukkan
perkataan "wakaf" pada bahagian reference bagi memudahkan
proses agihan wakaf.
.
b.
Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)
Dengan 5 Langkah Mudah
Sahaja
- Pilih pakej wakaf anda pada
borang di bawah
- Masukkan nama, emel dan no.
telefon anda
- Pilih perbankan dalam talian
untuk pembayaran secara online
- Klik butang “Teruskan ke
Pembayaran”
- Pilih online banking anda
(Maybank2u, Cimbclicks, etc) untuk selesaikan proses wakaf
Sebarang pertanyaan
boleh WhatsApp:
+6011-5850 5752
Adeeb, Admin
Agenda Mesyuarat
Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok